Ramalan Bulanan dan Cadangan Perdagangan NZD/USD untuk 19 Jun, 2014

NZD/USD

Ekonomi NZ berkembang dalam keadaan yang baik. Mata wang NZ ini telah menjadi lebih kuat selepas bank pusat menaikkan kadar faedah pada minggu lalu. Data KDNK bagi suku tahunan telah menunjukkan aktiviti ekonomi telah meningkat sebanyak 1.0% pada suku tahunan pada bulan Mac 2014. Dalam itu, aktiviti pembinaan dan perlombongan juga merekodkan peningkatan, dan perdagangan borong sebahagiannya merosot.

Jangka Panjang-

Dolar NZ diniagakan pada tahap tinggi beberapa tahun berbanding USD dan tahap rendah beberapa tahun berbanding euro. Pasangan mata wang NZD/USD kini dilihat sedang didagangkan pada tahap 0.8717. Harga kini bergerak menuju ke arah tahap tinggi beberapa tahun pada 0.8846, buat masa ini, untuk bulan ini, pasangan ini telah menembusi tahap tinggi pada 0.8738 dan tahap tinggi tahunan pada 0.8779 (Mei 2014). Pasangan mata wang in juga kelihatan telah menembusi tahap sokongan yang terletak pada fib 61.8 dan harga melantun ke tahap yang lebih tinggi. Pada tahap yang lebih tinggi, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap tinggi sebelumnya pada 0.8738, maka harga berpotensi untuk melonjak naik sehingga ke tahap 0.9177 dan 0.9550. Sokongan kini masing-masing terletak pada tahap 0.8675, 0.8404, dan 0.8342.

Pasangan mata wang ini telah membentuk 'double top' di tahap 0.8738 dalam sesi dagangan awal hari ini. Sehingga pasangan menembusi pada 'doubel top' tersebut, mengambil pesanan menjual semasa kenaikan harga adalah merupakan strategi yang terbaik. Untuk aliran menaik, jika pasangan mata wang ini menembusi pada tahap 0.8738, maka harga berkemungkinan akan melonjak hingga ke  0.8746 dan 0.8780. Penembusan harga pada tahap tinggi beberapa tahun dijangkakan akan berlaku jika pasangan ini berjaya menembusi pada tahap 0.8780. Bagi aliran menurun, pasangan mata wang ini dilihat memepunyai sokongan di tahap 0.8644, 0.8595 dan 0.8525. Penutupan harian di bawah tahap 0.8595, aliran dagangan jangka pendek akan memihak kepada penurunan harga menuju ke arah tahap 0.8525, 0.8482 dan 0.8420. Pengayun momentum harian menampakkan tanda-tanda terlebih beli.


Bagi asas urusniaga harian, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai sokongan pada tahap 0.8675; penembusan harga di bawah tahap itu akan mendorong harga untuk melanjutkan aliran penurunan harga menuju ke arah tahap 0.8668 dan 0.8665. Untuk aliran harga yang lebih tinggi, pasangan mata wang ini mempunyai rintangan pada tahap 0.8738, yang mana penembusan harga di atas tahap ini akan mendorong harga bergerak naik sehingga ke tahap 0.8746, 0.8755 dan 0.8780. Pergerakkan kenaikkan harga baru hanya akan mengukuh di atas tahap 0.8738.


Intraday- Ambil pesanan mejual dengan menetapkan kedudukan Sl pada tahap 0.8738 atau menjual di bawah tahap 0.8674.

Ambil pesanan membeli di atas tahap 0.8740.