Analisis Harian GBP/JPY untuk 20 Jun, 2014

Huraian

Berdasarkan pada ramalan kami hari semalam, adalah dijangkakan bahawa akan terdapat isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya sekiranya pasangan mata wang ini mentutup di atas tahap rintangan pada 173.50. Hari ini, seperti yang dapat anda perhatikan di dalam carta 4H, pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi tahap rintangan tersebut dan seterusnya menutup di atas 4H. Pada masa ini, pasangan mata wang ini dilihat sedang menghampiri ke tahap rintangan yang terletak pada 174.00 untuk cubaan penembusan harga bagi membolehkan harga melanjutkan aliran menaik. Isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya adalah diramalkan sekiranya 4H menutup di atas tahap rintangan ini dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 174.40 dan 174.75 sebagai sasaran kedua.

Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (174.75), R2 (174.40), R1 (174.00), S1 (173.50), S2 (172.75), S3 (172.00).