Analisis teknikal EUR/JPY untuk 23 Jun, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata wang EUR/JPY kini dilihat sedang terperangkap berhampiran pada tahap 139.00, yang mana tahap ini juga adalah merupakan rintangan Fibonacci 0.382. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa ini dan perhatikan peluang untuk menjual di sekitar tahap 139.20; semasa kenaikkan harga. Kemungkinan segera adalah urusniaga harga rendah ke arah tahap 130.10/20.


2. Sokongan dilihat terletak pada tahap 137.70, dan diikuti dengan tahap 136.20, 134.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 140.00, diikuti masing-masing dengan tahap 141.00, 142.50/143.50 dan lebih tinggi. 


3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY ini akan terus melemah sehingga harga kekal didagangkan di bawah tahap 140.00.



Cadangan Perdagangan:

Perhatikan peluang untuk meletakkan pesanan menjual disekitar tahap 139.20.

Semoga berjaya!