Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Emas dilihat telah berjaya menembusi garisan rintangan dan rintangan serta-merta yang terletak pada harga $ 1,300.00 minggu lalu. Harga emas dijangkakan akan menjunam daripada tahap harga semasa sekurang-kurangnya ke tahap $ 1,285.00 sebelum melonjak naik semula. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan perhatikan peluang untuk membeli pada tahap yang lebih rendah.
2. Sokongan bagi emas terletak pada harga $ 1,260.00, dan diikuti oleh tahap $ 1,240.00, $ 1,230.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap $ 1,330.00, dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 1,350.00/60.00, $ 1,388.00 dan seterusnya tahap lebih tinggi.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa Emas telah memasuki zon membeli dan anda seharusnya mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah.
Cadangan Perdagangan:
Perhatikan peluang untuk meletakkan pesanan membeli disekitar tahap $1,285.00.
Semoga berjaya!