Sebaik sahaja pasaran Eropah dibuka, beberapa buah berita ekonomi dijadualkan akan dikeluarkan seperti German Ifo Business Climate dan Belgian NBB Business Climate. Manakala Amerika Syarikat akan mengeluarkan beberapa buah data ekonomi seperti S&P/CS Composite-20 HPI y/y, HPI m/m, Keyakinan Pengguna CB, Penjualan Rumah Baru dan Indeks Pembuatan Richmond. Oleh yang demikian, sewaktu pengumuman laporan, pasangan mata wang EUR/USD diramalkan akan bergerak daripada volatiliti rendah kepada volatiliti sederhana pada hari ini.
TAHAP TEKNIKAL HARI INI:
Tahap Penembusan BELIAN: 1.3666.
Tahap Rintangan Kuat: 1.3658.
Tahap Rintangan Asal: 1.3645.
Kawasan Jualan Dalaman: 1.3632.
Kawasan Sasaran Dalaman: 1.3600.
Kawasan Belian Dalaman: 1.3568.
Tahap Sokongan Asal: 1.3555.
Tahap Sokongan Kuat: 1.3542.
Tahap Penembusan JUALAN: 1.3534.
HURAIAN:
Pada hari ini, pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat mempunyai tahap sokongan dan rintangan pada 1.3555 dan 1.3645. Kadar mata wang ini diikuti dengan sokongan yang kuat di tahap 1.3542 dan tahap rintangan yang kuat pula berada pada 1.3658.
Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi dan menutup di bawah tahap 1.3534 pada hari ini, maka ia akan menunjukkan kekuatan penurunan harga. Sementara itu, jika pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya untuk menembusi dan menutup di atas tahap 1.3666, maka ini akan menunjukkan kekuatan kenaikan harga yang ketara. Secara alternatifnya, untuk pedagang-pedagang profesional, anda boleh berdagang dengan cara membuka posisi MEMBELI pada tahap 1.3568 dan posisi MENJUAL pada tahap 1.3632. Dalam situasi ini, kedua-dua sasaran perlu diletakkan pada tahap 1.3600.
Disclaimer:
Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa ke tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk kesemua pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga boleh digunakan untuk dagangan anda. Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keinginan mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melabur wang sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung rugi. Anda harus berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan dapatkan nasihat daripada penasihat kewangan sendiri sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.