Analisis Teknikal Emas untuk 24 Jun, 2014

Harga emas melanjutkan dagangan dalam aliran mendatar jangka pendek didalam corak segi tiga. Corak ini akan memberikan isyarat membeli atau menjual kepada para pedagang tidak lama lagi. Isyarat ini akan kelihatan jika emas berjaya menembusi di atas tahap harga $ 1,319 atau di bawah $ 1,310.

Harga emas kini dilihat sedang berada hanya di atas awan Ichimoku jangka pendek dan itulah sebabnya saya memberikan lebih banyak peluang untuk penembusan menaik. Sekiranya harga berjaya menembusi aliran menaik, saya menjangkakan bahawa harga emas untuk merekodkan tahap tinggi di antara $ 1,330-50. Aliran menaik dari $ 1,240 Saya percaya ia adalah merupakan gelombang E di dalam segi tiga yang lebih besar pada gelombang 4 dalam perkiraan gelombang jangka panjang saya seperti di bawah. Ini akan dibatalkan jika harga emas menembusi di atas tahap $ 1,391. Aliran harga bagaimanapun masih mengukuh. Meskipun pilihan senario jangka panjang saya menurun, saya lebih suka untuk menjadi neutral atau menaik pada masa sekarang.

Sasaran jangka panjang kami terletak berhampiran pada harga $ 1,000 atau di bawahnya. Saya menjangkakan bahawa tahap tinggi akan ditembusi berhampiran $ 1,340-50 dan tahap inilah yang saya perhatikan untuk mencari corak tahap tinggi atau pembalikan harga sebelum saya mula mengambil pesanan menjual.