Harga emas kekal didagangkan di atas harga $ 1,310 pada hari semalam dan membuat cubaan lain untuk menembusi di atas tahap $ 1,330 namun gagal. Awal hari ini, kami mendapati bahawa terdapat lebih banyak isyarat kelemahan bagi aliran pengukuhan mendatar yang diteruskan selepas menyaksikan penembsuan harga palsu di atas harga $ 1,320.
Harga emas kini dilihat sedang didagangkan di atas jangka pendek Awan Ichimoku dan menguji sokongan jangka pendek yang terletak pada tahap $ 1,308 - $ 1,310. Penembusan harga di bawah tahap ini akan menolak harga Emas menuju sekurang-kurangnya ke arah $ 1,290 - $ 1,280. Sekiranya tahap sokongan ini ditembusi, maka kita boleh menjangkakan tarikan yang lebih rendah ke arah tahap $ 1,250. Adalah perlu diingatkan bahawa pergerakkan menaik daripada harga $ 1,240 ini adalah yang paling berkemungkinan bagi gelombang E yang besar pada segi tiga 4 dan ia diramalkan akan berakhir tidak lama lagi.
Apabila gelombang E ini berakhir, kita perlu bersedia untuk menjangkakan pergerakkan penurunan harga yang tajam ke tahap $ 1,000 atau lebih rendah. Penembsuan harga di atas $ 1,330 berpotensi untuk menolak harga Emas bergerak menuju ke arah tahap $ 1,340-50 yang merupakan kawasan tahap tinggi pada jangkaan kami. Nisbah terbaik untung/rugi kini memihak kepada perdagangan menjual.