Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan maat wang USD/CHF dilihat telah menguji tahap 0.8900 pada hari semalam sebelum ia ditarik kembali sekali lagi. Sebagaimana yang dapat anda perhatikan di sini, pasangan mata wang ini telah melantun daripada tahap sokongan Fibonacci 0.382 Fibonacci dan terdapat kemungkinan bahawa aliran kenaikkan harga je arah atahp 0.9150 akan menjadi kenyataan. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal membeli, dengan risiko kekal ditetapkan dibawah tahap 0.8900.
2. Tahap sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 0.8900, dan diikuti dengan tahap 0.8830, 0.8700 dan seterunsnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 0.9025, dan diikuti masing-masing dengan tahap 0.9150 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa aliran menaik harus kekal mendominasi pasangan mata wang USD/CHF sehingga harga kekal didagangkan di atas tahap 0.8900.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap 0.8900, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!