Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun dari tahap 13.176. Penurunan harga telah mendominasi hampir 6 bulan. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi sokongan yang terletak pada Ema 200 minggu pada tahap 12.75 dan bergerak ke arah Sma 50 minggu. Meskipun harga telah melepasi Sma 50 minggu pada carta urusniaga harian, namun harga masih gagal untuk menutup di atas tahap tersebut. Pasangan telah mencuba selama tiga minggu berturut-turut untuk menutup di atas tahap tersebut, namun aliran menaik telah gagal. Pasangan ini membuat 'double bottom' kecil di tahap 12.90 dan minggu ini harga memulakan dagangan dengan nota yang sedikit menaik apabila harga dibuka lebih rendah pada 12.909. Diharapkan agar aliran dagangan jangka pendek ini akan bertukar ke arah yang sebaliknya pada minggu ini iaitu sama ada menaik ke tahap 13.95 atau lebih rendah pada 12.76.
Pasangan mata wang ini telah menyentuh Sma 50 hari yang terletak pada tahap 12.9274. Pada masa ini, corak perdagangan sedang terperangkap diantara tahap 12.90-12.9274. Jika pasangan mata wang ini menembusi untuk aliran menaik, maka harga berpotensi untuk meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap 12.9772 dan 13.0. Bagi aliran menurun, penembusan harga pada tahap 12.90 berpotensi untuk melanjutkan aliran penurunan harga sehingga ke tahap 12.884 dan 12.83.
Ambil pesanan menjual di bawah tahap 12.90