CHF/JPY
Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik daripada tahap 112.98. Hari ini, harga betul-betul telah menyentuh Sma 50 hari yang terletak di tahap 114.42, namun pasangan ini masih lagi belum berjaya untuk menembusi pada tahap tersebut. Untuk prospek kenaikkan harga, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap Sma 50-D, maka kita boleh melihat beberapa pergerakkan menaik ke tahap 114.87 (double top). Ini akan memberikan petunjuk yang jelas bahawa pasangan mata wang ini sedang berhadapan dengan laluan yang sukar diantara tahap 114.42-114.87. Tahap pembalikan dagangan jangka pendek diletakkan pada tahap 114.87, di atas tahap ini, kita akan dapat melihat tahap 115.47, 115.90, 116.78 dan 117.70. Kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 115 (safe traders) dengan menetapkan sasaran pada tahap 116.78 dan 117.70.
Untuk prospek penurunan harga pula, pasangan mata wang ini kelihatan melemah di bawah tahap 114 dan sokongan yang paling hampir bagi pasangan mata wang ini terletak di antara tahap 113.55-113.30, 112.95 dan 112.60 peringkat. Penutupan harian di bawah tahap 112.60, dagangan jangka pendek akan beralih kepada kepada negatif dan seterusnya memihak kepada aliran penurunan harga.
Urusniaga Harian - cmp 114.23
Pasangan mata wang ini kelihatan sangat terlebih beli pada tahap semasa. Kami menjangkakan pada ketika, pasangan mata wang ini tidak boleh menembusi pada tahap pembalikan aliran 114.87. Risky positional traders boleh mengambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga dengan menetapkan kedudukan sl di tahap 114.87. Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan urusniaga harian yang terletak pada tahap 114.10, di bawah tahap ini, pasangan mata wang ini akan mempunyai sokongan yang terletak di tahap 113.95, 113.80. Apabila harga menembusi di bawah tahap 113.80, maka kita boleh melihat tekanan jualan yang seterusnya ke tahap 113.70, 113.30 dan 113.
Safe traders- cmp 114.25
Ambil pesanan menjual di bawah tahap 114
Ambil pesanan membeli di atas tahap 115