Pasangan mata wang ini telah didagangkan didalam aliran menurun daripada tahap 0.9037. Pada sesi dagangan hari semalam, harga bagi pasangan mata wang ini telah ditutup di bawah Sma 50 hari dan merekodkan tahap rendah baru pada tahap 0.8863t. Hari ini, dalam sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini juga dilihat telah berjaya untuk mengukuh di atas tahap rendah sebelumnya. Pengayun momentum harian kelihatan cenderung untuk penarikan semula harga. Kami menjangkakan bahawa kejatuhan harga akan dihadkan daripada harga semasa 0.8874. Aliran kenaikkan harga akan mengawal sepenuhnya hanya di atas tahap 0.8907 dan harga berpotensi untuk membuat tuntutan ke tahap 0.8953 dan 0.8980/0.90. Jika pasangan mata wang ini telah menembusi pada tahap rendah sebelumnya, maka harga berkemungkinan akan melanjutkan pergerakkan menurun hingga harga mencecah pada tahap 0.8826 dan 0.8765. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap harga semasa pasaran.
Urusniaga HarianĀ - cmp 0.8875
Stokastik setiap jam menunjukkan isyarat terlebih jual dan menjangkakan kesan daripada penarikan semula/had penurunan harga. Pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan awal yang terletak pada tahap 0.8909, di atas tahap ini, harga berkemungkinan akan melonjak naik sehingga harga mencecah pada tahap 0.8889, 0.8920 dan 0.8940. Di sebelah bawah, pasnagan mata wang kelihatan mempunyai sokongan pada tahap 0.8830.