Ramalan Mingguan dan Analisis Urusniaga Harian EUR/USD untuk 02-04 Julai, 2014

EUR/USD

Perhatian para pedagang kini sedang tertumpu pada laporan mesyuarat dasar kewangan ECB yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Khamis. Untuk pasangan mata wang EUR/USD, komponen yang paling lemah adalah mata wang dolar AS ekoran daripada tindakan Fed. Selain daripada itu, terdapat juga laporan mengenai gaji bukan perladangan yang berpotensi untuk menjejaskan mata wang dolar. Seperti yang telah kami syorkan sebelum ini, untuk menetapkan sasaran pada tahap 1.37, harga benar-benar telah mencecah pada tahap tinggi 1.3700. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap 1.37, maka kita berpotensi untuk melihat penembusan harga pada tahap 1.3735, 1.3750 dan 1.3775 minggu ini. 



Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang kuat pada 1.34 (Sma 50 Bulan). Penembusan harga di bawah 1.34 berkemungkinan akan mendorong harga kepada pembetulan yang besar. Sehingga pasangan mengukuh di tahap 1.34, kita boleh melihat satu lagi pergerakkan menaik.


Urusniaga harian: cmp 1.3680

Pasangan mata wang kini dilihat sedang didagangkan pada tahap 1.3680 pada sesi Asia. Ia mempunyai sokongan yang terletak di tahap 1.3675. Untuk aliran menurun, kita berkemungkinan akan dapat melihat beberapa lagi pergerakkan penurunan harga sehingga pasangan mencecah pada tahap 1.3660 dan 1.3640. Sementara itu, kita dapat melihat tekanan jualan hingga ke tahap 1.3610, 1.36, 1.3585 dan 1.3575 di bawah tahap 1.3640.

Ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3640

Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.37 dengan menetapkan sasaran di tahap 1.3735, 1.3750, 1.3775 dan 1.38.

1.3677-1.3503= 174 pips

174 pips+1.3646= Tahap 1.3820.

Gambaran diatas adalah sah dengan SL ditetapkan pada tahap 1.3640.