Analisis Teknikal USD/CHF untuk 02 Julai, 2014

Pangsi Semasa : 0.8871

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini telah telah menembusi rintangan utama pada tahap 0.8810. Perlu diingatkan kepada para pedagang bahawa rintangan baru telah dikira dan didapati terletak pada tahap 0.8950 dan ia kini sedang menghampiri tahap tersebut untuk menguji. Juga, anda perlu diingatkan bahawa harga 0.8810 telah menjadi sokongan yang kuat pada 2 Julai 2014. Oleh itu, pasangan mata wang USD/CHF akan dihadkan oleh tahap 0.8810 dan 0.8950; untuk itu kami menjangkakan pada minggu ini julat dagangan 140 pips lebih kurang. Oleh itu ia mungkin akan memulakan pergerakan menaik bagi pasangan mata wang ini dan melantun semula. Oleh itu, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di tahap 0.8810, dan ia akan menjadi satu petanda yang baik untuk mengambil pesanan membeli di tahap ini dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.8810. Ia kemudian akan terus bergerak ke arah tahap 0.8910 untuk membentuk corak 'double top' pada hari ini. Selepas itu, kita akan mencari sasaran mingguan yang terletak di sekitar rintangan kuat berhampiran pada tahap 0.8950 (unjuran baru untuk 1-4 julai, 2014). Sebaliknya, penembusan harga pada tahap 0.8780, akan menjadi lokasi yang baik untuk meletakkan stop loss pada tahap 0.8753.