Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan telah mencapai tahap rintangan yang terletak pada 1.7169, sebagaimana pasangan mata wang ini mempunyai momentum kenaikkan harga semasa sesi dagangan hari semalam. Pasangan GBP/USD kini berkemungkinan besar akan mula membentuk corak tinggi yang lebih rendah di bawah tahap itu, sebelum pasangan ini menembusi pada tahap rintangan tersebut. Petunjuk MACD kini dilihat berada didalam wilayah positif.
Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah berpindah ke dalam julat dagangan semasa beberapa jam yang lalu, sebagaimana pasangan mata wang ini mempunyai rintangan yang terletak digarisan aliran menaik. Sekiranya pasangan GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap 1.7125, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap sokongan 1.7062. Petunjuk MACD kini berada didalam zon terlebih beli.
Carta 1H: Pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi pada tahap 1.7150 dan ia kini sedang mengukuh di atas tahap tersebut dengan pembentukan corak kenaikan harga. Sekiranya pasangan mata wnag GBP/USD ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.7200, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga ke tahap 1.7250. Petunjuk MACD adalah negatif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.7200, take profit di tahap 1.7250, dan stop loss pada tahap 1.7150.