Analisis Emas untuk 03 Julai, 2014

Huraian:

Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, emas kini sedang didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang telah diramalkan, harga kelihatan telah menguji tahap 1,319.64 pada jumlah di atas purata berdasarkan pada carta 4H. Menurut pada carta harian pula, kami mendapati bahawa terdapat penolakan harga daripada tahap rintangan kami yang terletak pada harga 1,332.00, yang mana ini akan mendorong harga untuk memulakan pergerakkan menurun. Berdasarkan pada tindakan harga yang lalu, Emas dilihat mempunyai sokongan pada yang terletak pada harga 1,304.00 (Penarikan semula Fibonacci 8.2%). Saya telah meletakkan tahap penarikan semula Fibonacci dan saya mendapati bahawa Penarikan semula Fibonacci 61.8% berada di sekitar harga 1,333.00. Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pesanan membeli dan memerhatikan peluang untuk pesanan menjual yang berpotensi.

Pangsi Harian Titik Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1,332.97

R2: 1,335.59

R3: 1,339.83

Tahap Sokongan:

S1: 1,324.49

S2: 1,321.87

S3: 1,317.63

Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli pada harga ini sebagaimana Emas telah mempunyai klimaks belian pada bahagian belakang.