Ramalan Mingguan dan Analisis Urusniaga Harian GBP/USD untuk 07-11 Julai, 2014

GBP/USD

Huraian-

Pasangan mata wang ini telah memasuki zon kenaikkan harga yang sangat tinggi, bergerak menuju ke arah tahap fib 50.0 yang terletak pada tahap 1.7330 (carta bulanan). Petunjuk momentum bulanan kini sedang menghampiri ke tahap tinggi sebelum ini yang telah dicatatkan pada November 2011 di tahap 2.1161. Dengan bantuan ini, kita boleh menjangkakan bahawa dalam dagangan jangka pendek pasangan ini akan mara mendahului ke tahap 1.73. Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 1.6690. Aliran harga jangka masa pertengahan akan menjadi negatif di bawah tahap 1.6690. Tahap sokongan utama bulanan dilihat berada pada tahap 1.7043.

Mingguan - 07-11 Julai

Pasangan mata wang kini dilihat telah memulakan dagangan dengan sedikit nota penurunan harga pada sesi dagangan Asia. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli baru, hanya di atas tahap 1.7167 atau di tahap tinggi minggu sebelumnya pada 1.7180. Untuk aliran menurun, harga dilihat mempunyai sokongan yang terletak pada tahap 1.7130, 1.7095, penembusan harga di bawah tahap ini, ia akan menguji tahap sokongan bulanan pada tahap 1.7043. RSI harian menunjukkan tanda terlebih beli. Sokongan mingguan terletak diantara tahap 1.7020-1.70 untuk 7-11 Julai, 2014.


Nota- cmp 1.7148.

Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.7080.

Urusniaga harian- cmp 1.7163.


Pasangan mata wang kini sedang didagangkan di bawah purata pergerakkan setiap jam. Ia mempunyai sokongan yang terdahulu pada tahap 1.71, di bawah tahap ini, haga berpotensi untuk jatuh ke tahap 1.7050, 1.7020. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.7167, bagi safe traders, ambil pesanan membeli hanya di atas tahap 1.7180. RSI setiap jam menunjukkan pergerakkan menurun.