EMAS -
Pada sesi dagangan Asia, emas dilihat telah memulakan dagangan dengan menembusi nota penurunan harga kecil. Logam ini kelihatan baik hanya di atas harga $ 1,320.70, di sebelah bawah, emas mempunyai sokongan yang terletak pada harga $1.315. Pada carta mingguan, seperti yang telah kita syorkan sebelum ini, pesanan membeli baru hanya boleh diambil di atas tahap $ 1332, dan harga kini dilihat sedang didagangkan di atas tahap $ 1,320.70. Untuk aliran menurun, Emas dilihat mempunyai sokongan mingguan yang terletak pada tahap $ 1,309.50, di bawah tahap ini, $ 1,305.80. RSI harian masih memihak kepada aliran penurunan harga.
Urusniaga Harian - cmp $1,319.70
Emas kini dilihat sedang didagangkan di bawah purata pergerakan setiap jam. Komoditi ini mempunyai rintangan yang kuat pada tahap $ 1,320.70, di atas taahp ini, $ 1,321.50, $ 1323 dan $ 1,324.60. Sehingga emas menembusi pada tahap $ 1,320.70, kita mengjangkakan bahawa harga akan jatuh ke tahap $ 1,315 pada mulanya dan kemudianya ke tahap $ 1,309.50. Setelah harga menembusi di bawah $ 1,315, kita akan dapat melihat kejatuhan harga yang seterusnya. Para pedagang boleh mengambil separuh keuntungan pada tahap $ 1,315. Emas akan didagangkan semula dalam aliran menaik hanya di atas tahap $ 1,326.50.
Cadangan Perdagangan - cmp $1,319.70.
Ambil pesanan menjual dengan menetapkan SL pada tahap $1,320.70 dan sasaran pada $1,315, dan menambah pesanan menjual yang seterusnya di bawah tahap $1,315 ke arah tahap $1,309.50.
Pembelian selamat hanya di atas tahap $1,326.50.
Risky traders, ambil pesanan membeli hanya di atas tahap $1,321 dengan sasaran ditetapkan pada harga $1,323, $1,324.60 dan $1,326.50.