EUR/GBP
Pasangan mata wang ini telah membentuk corak 'double bottom' di dalam carta mingguan di tahap 0.7918 semasa sesi dagangan Asia. Pasangan mata wang ini juga telah menembusi tahap rendah baru pada tahap 0.7918 semasa sesi dagangan minggu lalu dan harga kekal mengukuh di atas tahap tersebut. Pada masa ini, pasangan mata wang ini sedang didagangkan pada tahap 0.7923. Untuk aliran menurun, sekiranya harga menembusi pada tahap rendah 0.7918, maka pasangan mata wang ini berpotensi untuk melanjutkan aliran penurunan harga hingga mencecah ke tahap 0.79-0.7886, 0.7788-0.7757 (Ema 200-bulan dan ayunan tahap rendah sebelum ini). Untuk aliran menaik, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan yang terletak pada tahap 0.7972 dan 0.8034 dan garisan aliran sokongan 2013 akan bertindak sebagai tahap rintangan. Aliran menaik perlu menembusi pada tahap 0.8034 untuk melonjak naik ke tahap 0.8157.
Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual hanya di bawah tahap 0.7918, atau pedagang berisiko boleh mengambil pesanan membeli dengan menetapkan kedudukan sl pada tahap 0.7918 untuk mensasarkan ke tahap 0.7935, 0.7958, 0.7972 dan 0.8034. Pesanan menjual di bawah tahap 0.7918 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 0.7886, 0.7932, 0.7790 dan 0.7757. Kita boleh melihat momentum yang kuat di atas tahap 0.7935. RSI dan Stokastik memihak kepada aliran penurunan/penarikan semula harga yang terhad daripada wilayah terlebih jual.
Ambil pesanan menjual hanya di bawah tahap 0.7918.