Harga emas telah membentuk corak 'double top' pada harga $ 1,1330 - $ 1,334 dan harga kini sedang ditarik semula di bawah tahap $ 1,320 sekali lagi. Harga emas naik ke tahap tinggi yang lebih rendah dan tahap rendah yang lebih rendah dalam dagangan jangka masa pendek. Ia kini dilihat sedang menguji garisan aliran menaik jangka sederhana seperti yang dinyatakan di dalam carta di bawah. Harga juga sedang memasuki Ichimoku Cloud dan ini akan menandakan bahawa aliran kenaikkan harga telah kehilangan momentum manakala aliran penurunan harga semakin mengukuh.
Tahap Sokongan bagi Emas didapati terletak diantara harga $ 1,300 - $ 1,290. Penembusan harga di bawah tahap ini akan meningkatkan peluang kenaikkan harga dari harga $ 1,240 telah berakhir. Oleh itu, gelombang E bagi corak segi tiga yang saya telah nyatakan untuk sekian lama. Harga emas mempunyai sokongan jangka pendek pada harga $ 1,310. Jika ditembusi, saya menjangkakan harga emas untuk menguji pada tahap $ 1,290. Rintangan jangka pendek bagi Emas pula didapati berada pada harga $ 1,323. Jika ditembusi, maka saya meramalkan bahawa akan terdapat pergerakkan harga untuk mencabar tahap tinggi $ 1,334.
Tiada ada apa yang telah berubah prospek penurunan harga jangka panjang kami. Gelombang E akan berakhir dengan baik. Jika tidak, kita akan mendapat isyarat membeli apabila harga menembusi di atas harga $ 1,334 dan mensasarkan ke arah harga $ 1,350-60. Dengan persediaan harga semasa, saya merasakan bahawa kita mungkin telah menyelesaikan pergerakkan menaik dari $ 1,240 dan kita sedang menuju ke arah yang lebih rendah $ 1,260. Penembusan harga di bawah harga $ 1,250-40 akan mengesahkan bahawa gelombang E telah berakhir.