Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh pelunasan dana pembiayaan perdagangan JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (Tolok ketakutan VIX meningkat 9.79% kepada 11.33, S&P 500 ditutup 0.39% lebih rendah pada 1,977.65 hari semalam) sebagai saham-saham AS - selepas menolak minggu lalu ke rekod tahap tinggi menjelang permulaan pendapatan suku kedua Amerika Syarikat (selepas Wall Street menutup pada hari Selasa), manakala data industri yang lebih lemah berbanding ramalan dari Jerman telah menjejaskan sentimen mata wang. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dan jualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, sentimen USD tenang dengan kenaikan indeks aliran perkerjaan dalam Persidangan Lembaga AS kepada 119.62 bagi bulan Jun berbanding semakan semula yang mencatatkan sebanyak 119.03 pada bulan Mei (dilaporkan sebanyak 118.58). Kerugian bagi pasangan USD/JPY ini juga diganggu oleh permintaan dari pengimport Jepun.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat, walau bagaimanapun stokastik kini sedang beralih kepada aliran penurunan.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.35; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.20. Titik pangsi kekal berada pada tahap 101.80. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102 dan sasaran kedua pada tahap 102.25.
Tahap Rintangan:
102
102.25
102.50
Tahap Sokongan:
101.35
101.20
101