Indeks Dollar dilihat telah menembusi corak bendera yang telah saya sebutkan pada hari semalam namun ia adalah aliran menurun. Harga telah menjunam ke arah sokongan yang terletak pada tahap 80.10 dan melanjtukan pergerakkan ke tahap yang lebih rendah lagi. Harga kini masih lagi didagangkan di atas awan Ichimoku dalam carta 4 jam dan ia perlu menembusi di atas tahap 80.20 untuk mendapatkan isyarat membeli.
Pergerakkan menurun indeks Dolar kelihatn seperti pembetulan kepada aliran menaik harga yang lebih besar yang bermula pada tahap 79.75. Sokongan jangka pendek didapati terletak pada tahap 80.05 dan rintangan jangka pendek pula di tahap 80.20. Saya percaya bahawa tidak lama lagi kita akan melihat satu lagi pergerakakn menaik harga ke arah yang lebih tinggi iaitu pada tahap 80.60. Ini akan berlaku sekiranya indeks berjaya menembusi di atas rintangan yang terletak pada tahap 80.20.
Carta harian menunjukkan dengan jelas bagaimana harga telah ditolak pada 50% penarikan semula di tahap 80.45. Oleh yang demikian, pada asas harian, indeks dilihat perlu untuk menembusi di atas tahap tersebut dan seterusnya menutup di atasnya. Indeks Dollar telah ditarik kembali sekali lagi ke tahap sokongan awan Ichimoku. Sokongan ini harus cukup kuat untuk memberikan kekuatan semula kepada aliran menaik dan memberikan satu lagi pergerakkan harga ke arah yang lebih tinggi sekurang-kurangnya hingga ke tahap 80.70. Saya kekal pada aliran menaik.