Analisis Teknikal NZD/USD untuk 09 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan menaik selepas harga mencecah tahap tinggi tiga tahun 0.8805 pada hari Selasa. Sentimen mata wang Dolar NZ telah dirangsang selepas semakan semula unjuran kredit New Zealand Fitch kepada positif daripada stabil kerana ia menegaskan penarafan negara "AA". Pasangan mata wang NZD/USD ini juga disokong oleh sentimen dolar yang melemah dan pendirian agresif Bank Rizan New Zealand terhadap dasar monetari dan juga perbezaan kepentingan bagi pasangan mata wang NZD-USD. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dihadkan ekoran daripada penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik kini kembali kepada mod menaik berhampiran zon terlebih beli; purata pergerakkan lima hari bertukar menaik di atas MA 15 hari yang kian meningkat.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8835 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8835. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8710. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8680. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8735.

Tahap Rintangan: 
0.8835
0.8860
0.8880

Tahap Sokongan:
0.8735
0.8710
0.8680