Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan mempunyai momentum kenaikkan harga di atas tahap 1.7070. Oleh yang demikian, pasangan mata wang kini sedang menghampiri rintangan yang terletak pada tahap 1.7169. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga meningkat ke tahap rintangan 1.7403. Sementara itu, pasangan GBP/USD kini masih lagi mengukuh dalam aliran menaik, kerana pasangan maat wang ini sedang didagangkan diatas tahap sokongan 1.7000. Petunjuk MACD kini berada di zon terlebih beli.
Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang cuba untuk membuat penembusan harga di tahap 1.7160. Walau bagaimanapun, pasangan ini akan mempunyai tahap rintangan yang kuat pada tahap harga semasa dan jatuh ke tahap sokongan yang terletak pada 1.7062. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya untuk menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh hingga mencecah ke tahap 1.6995. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.
Carta 1H: Pasangan mata wang ini telah membuat lantunan semula kenaikkan harga di atas SMA 200, yang mana ia adalah berpadanan dengan tahap 1.7100. Kini, pasangan mata wang GBP/USD dilihat sedang cuba untuk membentuk corak tinggi yang lebih rendah di atas tahap 1.7150. Jika pasangan GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap 1.7200, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 1.7250. Petunjuk MACD kini berada di wilayah positif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.7200, take profit di tahap 1.7250, dan stop loss pada tahap 1.7150.