Carta Harian: Indeks USDX dilihat telah berjaya menembusi pada tahap 80.11. Oleh yang demikian, sokongan yang seterusnya bagi USDX didapati terletak pada tahap 79.70. Jika USDX menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 79.19, yang mana ia akan menjadi pengukuhan aliran penurunan yang kuat pada carta ini. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah negatif.
Carta H4: Indeks USDX sekali lagi mempunyai rintangan yang terletak pada tahap 80.24, di mana ia adalah bersamaan dengan kedudukan SMA 200. Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk menembusi sokongan pada tahap 79.93. Sekiranya berhasil, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 79.74. Sementara itu, jika USDX menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 79.50. Petunjuk MACD kini dilihat berada di dalam wilayah negatif.
Carta 1H: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak rendah yang lebih tinggi di bawah tahap 80.15. Sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi sokongan yang terletak di tahap 79.88, maka harga diramalkan akan jatuh hingga ke tahap 79.64. Sebaliknya, jika Indeks USDX membuat lantunan semula kenaikkan harga pada tahap semasa, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga mencecah ke tahap 80.15. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah negatif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 79.88, take profit di tahap 79.64, dan stop loss pada tahap 80.12.