Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, pasangan mata wang EUR/NZD ini dilihat telah didagangkan dalam aliran mendatar. Para pedagang berdagangan dengan tenang dan EUR/NZD mendatar di sekitar harga 1.5460. Berdasarkan pada pergerakan harga yang lalu, kami mendapati bahawa terdapat bekalan yang kuat pada jumlah yang ultra tinggi, menurut pada carta 1H, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan membeli kini kelihatan sangat berisiko. Saya telah meletakkan tahap lanjutan Fibonacci untuk mencari fasa penurunan harga kedua. Saya mendapati bahawa fasa penurunan harga kedia terletak di sekitar tahap 1.5420 (Lanjutan Fibonacci 100%). Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila hendak mengambil pesanan membeli dan perhatikan peluang jualan yang berpotensi. Stesen penurunan harga utama ketiga (jangka pendek) masih terletak pada harga 1.5335 (Lanjutan Fibonacci 161.8%). Berdasarkan pada carta 4H, pasangan kini sedang didagangkan di antara tahap 1.5495-1.5435.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5488
R2: 1.5501
R3: 1.5521
Tahap Sokongan:
S1: 1.5448
S2: 1.5435
S3: 1.5415
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika hendak mengambil pesanan membeli pasangan EUR/NZD dan perhatikan peluang untuk menjual selepas penarikan semula harga.