Analisis Harian GBP/JPY untuk 10 Julai, 2014

Huraian

Sebagaimana yang digambarkan pada carta 4H, penutupan harga di bawah tahap rintangan 173.50 telah menawarkan peluang kepada harga untuk bergerak sedikit lebih rendah lagi. Seperti yang dapat diperhatikan disini, kini, harga dilihat sedang cuba untuk meneruskan aliran penurunan harga dengan menembusi sokongan yang terletak di tahap 172.75 dan kemudianya menutup di bawah 4H. Dalam kes ini, kita memperoleh satu lagi peluang untuk isyarat menjual yang selanjutnya. Ia akan membuka jalan bagi harga menuju ke arah tahap 170.30, sebagai tahap sasaran pertama. Kemudian, harga perlu menguji tahap sokongan pada 172.00 untuk meneruskan pergerakkan menurun. Tetapi selagi harga stabil ddagangkan di atas tahap sokongan 172.75, maka ia akan membatalkan senario kami yang pertama.