Analisis Harian GBP/USD untuk 15 Julai, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD telah didagangkan dalam aliran menurun dan harga telah jatuh di bawah tahap 1.7100 pada hari ini. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini dilihat sedang menghampiri sokongan yang terletak pada tahap 1.7000. Tahap tersebut adalah merupakan tahap sasaran yang paling hampir, sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sangat melemah dan tekanan penurunan harga dapat dilihat dengan jelas pada beberapa jam yang lalu. Penunjuk MACD adalah di dalam wilayah negatif.

Carta 4H: Pasangan mata wang ini dilihat sedang membentuk corak rendah yang lebih tinggi di atas tahap sokongan 1.7062, di mana pasangan mata wang GBP/USD ini telah membentuk fraktal. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap sokongan 1.6995. Sebaliknya, jika pasangan mata wang GBP/USD ini membuat lantunan semula kenaikkan harga pada tahap harga semasa, maka harga dijangkakan akan meningkat hingag mencecah ke tahap rintangan yang terletak pada 1.7179. Petunjuk MACD kini berada di wilayah negatif. 

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak penurunan harga di bawah rintangan yang terletak pada tahap 1.7100. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi di atas tahap sokongan 1.7050, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 1.7000, yang mana ia akan menjadi pengukuhan penurunan harga, sebagaimana pasangan mata wang kini sedang berada di bawah SMA 200. Walau bagaimanapun, perunjuk MACD kini dilihat sedang bergerak ke wilayah positif.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan  pada tahap 1.7050, take profit di tahap 1.7000, dan stop loss pada tahap 1.7100.