Huraian Umum untuk 15/07/2014 07:30 CET
Perkembangan gelombang membangun hampir sama seperti yang telah dijangkakan, namun ia masih kelihatan tidak begitu jelas sekiranya bahagian atas untuk gelombang Y coklat mengambil tempat. Terdapat dua senario yang berkemungkinan untuk tindakan harga yang selanjutnya. Tahap utama yang terletak pada 1.0746 adalah untuk aliran menaik manakala tahap 1.0746 adalah untuk aliran penurunan harga. Salah satu daripada tahap ini akan ditembusi oleh pasangan tidak lama lagi sekaligus menjadikan salah satu daripada senario ini akan terbatal. Penembusan harga di bawah tahap 1.0695 akan mengesahkan bahawa bahagian atas untuk gelombang Y coklat telah berlaku dan penurunan harga adalah diramalkan. Penembusan harga di atas tahap 1.0746 akan mengesahkan bahawa gelombang terakhir aliran menaik kini sedang membangun dan sasaran terletak pada tahap 1.0786.
Sokongan/Rintangan:
1.0794 - 50%Fibo
1.0786 - WR1
1.0746 - Rintangan Urusniaga Harian
1.0724 - Rintangan Urusniaga Harian
1.0708 - Pangsi Mingguan
1.0695 - Sokongan Teknikal
Cadangan Perdagangan:
Day traders kini dinasihatkan untuk menunggu sehingga pasangan mata wang USD/CAD ini berjaya menembusi sebelum membuat sebarang keputusan. Memandangkan gambaran ini masih tidak begitu jelas, maka anda dinasihatkan utnuk lebih bersabar.