Analisis Teknikal Emas untuk 16 Julai, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Emas telah melanjutkan penarikan semula harga sebagaimana yang telah kita ramalkan. Harga kini menjunam menghampiri ke tahap $ 1,290.00 buat masa sekarang. Komoditi ini juga bertemu dengan garisan aliran menaik sokongan seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Selain itu, tahap penarikan semula/sokongan Fibonacci 0.50 didapati terletak pada tahap $ 1,292.00. Ini adalah merupakan alasan yang kukun untuk memulakan kedudukan membeli pada tahap ini. 


2. Sokongan bagi Emas dilihat terletak pada tahap $ 1,280.00 (Fibonacci), dan diikuti dengan tahap $ 1,260.00, $ 1,240.00/30.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati masing-masing terletak pada tahap $ 1,340.00/50.00 dan $ 1,388.00. 


3. Struktur menunjukkan bahawa Emas masih berpotensi untuk menolak ke arah harga $ 1,280.00 sebelum meneruskan aliran kenaikkan harga.



Cadangan Perdagangan:

Mula mengambil 50% kedudukan membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap $1,260.00, manakala sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!