Analisis Teknkal EUR/JPY untuk 16 Julai, 2014

Huraian Umum untuk 16/07/2014 10:40 CET

Kitaran pembetulan harga di dalam gelombang ungu 4 mungkin dianggap telah selesai. Garisan aliran emas masih menyediakan rintangan. Walau bagaimanapun, kitaran pembetulan harga ini berkemungkinam akan menjadi sedikit lebih kompleks sekiraya tahap sokongan urusniaga harian yang terletak pada tahap 137.48 ini tidak ditembusi dengan jelas. Reaksi harga mungkin akan menandakan corak segi tiga dalam gelombang ungu 4 yang sedang berlangsung. Selain itu, julat dagangan di antara tahap 138.08 dan 137.48 harus dijangkakan. Sementara itu, kelihatan terdapat penembusan harga impulsif yang jelas di bawah tahap 137.48 telah membuka julat perdagangan menurun. Sasaran terletak pada sokongan pangsi mingguan di tahap 137.17 dan 136.67.

Sokongan/Rintangan:

136.67 - WS2

136.17 - WS1

137.48 - Sokongan Urusniaga Harian

138.00 - Pangsi Mingguan

138.08 - Rintangan Urusniaha Harian

Cadangan Perdagangan:

Gelombang penurunan harga yang lalu diperlukan untuk melengkapkan perkembangan impulsif. Oleh yang demikian, pesanan menjual telah dibuka pada awal minggu ini dan pesanan sebelum ini masih perlu dikekalkan.