Analisis Harian Perak untuk 16 Julai, 2014

Berdasarkan pada carta 4H yang dilampirkan, penutupan harga di bawah tahap rintangan 20.75 telah menawarkan peluang baru kepada Perak untuk isyarat menjual. Pada masa ini, Perak dilihat telah berjaya untuk menutup di bawah tahap rintangan sekaligus membolehkan komoditi ini berdagang di bawah tahap tersebut. Selain itu, harga juga telah membuka jalan menuju ke arah tahap 20.55 sebagai sasaran pertama. Kemudian, Perak harus menguji sokongan yang terletak pada tahap 20.50 bagi membolehkan harga melanjutkan pergerakkan ke tahap yang lebih rendah sehingga mencecah pada tahap 20.20 sebagai sasaran yang kedua. Sebaliknya, lantunan semula perak dari tahap sokongan 20.50 akan membatalkan senario penurunan harga.

Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (21.20), R2 (21.00), R1 (20.75), S1 (20.50), S2 (20.20), S3(19.90)