GBP/JPY
Pasangan mata wang ini dilihat telah berjaya menembusi segitiga simetri, sekaligus mencatatkan tahap tinggi pada 175.35 (double top). Pasangan mata wang ini telah memulakan pembetulan harga pada tahap penembusan. Pada masa ini, pasangan mata wang sedang mengukuh si atas DSma 30. Pasangan mata wang ini didapati mempunyai sokongan yang terletak di tahap 173.44 (DSma 30), 172.90 (tahap penembusan) dan 172.36 (DSma 50). Untuk tempoh terdekat, julat dagangan terletak di kawasan 173.26-175.35. Untuk aliran menurun, sekiranya pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap 173.26, maka harga berkemungkinan akan menjunam sehingga mencecah ke tahap 172.56 yang mana ia adalah merupakan tahap sokongan yang kuat untuk jangka pendek dan sederhana. Sekiranya penutupan harian menutup di bawah 172.56, maka gambaran bagi jangka pendek akan bertukar kepada negatif ke arah tahap 171.80 dan 170.95. Untuk aliran menaik, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi 'double top' yang terletak pada tahap 175.35, maka kita akan dapat melihat harga mencecah pada tahap 178.80 (138% tahap Fib).
Nota-
Dagangan jangka pendek bertukar kepada negatif ke arah tahap 171.80, dan 170.95, jika pasangan menutup di bawah tahap 172.50.
Ambil pesanan membeli baru hanya di atas tahap 175.50 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 178.80.
Untuk carta setiap jam, pasangan mata wang ini dilihat sedang didagangkan di atas purata pergerakkan setiap jam. Pasangan ini mempunyai sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 174, 173.88, dan 173.80. Di bawah 173.80, pasangan akan kelihatan melemah untuk sasaran penurunan harga pada tahap 173.55 dan 173.26.
Ambil pesanan menjual di bawah tahap 173.80.
Ambil pesanan membeli di atas tahap 174.55.
Momentum yang kuat terletak hanya diatas tahap 176 untuk mensasarkan ke tahap 178.80.