Analisis Teknikal #USDX untuk 17 Julai, 2014

Indeks Dollar telah menetapkan sokongan pada tahap 80.15 dan harga telah berjaya menembusi di atas rintangan jangka pendek yang terletak pada tahap 80.25. Indeks dolar kini dilihat sedang menghampiri ke tahap sasaran jangka pendek kami iaitu pada 80.60-80.70. Aliran harga ini masih mengukuh di kedua-duanya; urusniaga harian dan tahap harian. Ichimoku Cloud menyediakan sokongan untuk aliran menaik sebagaimana harga kini sedang membuat corak tahap tinggi yang lebih tinggi dan tahap rendah yang lebih tinggi.



Pergerakkan menaik pada baru-baru ini daripada tahap 80 adalah sama seperti pergerakkan menaik pertama dari tahap 79.75. Harga telah mencatatkan tahap tinggi baru setakat ini, walau bagaimanapun harga telah mencapai tahap sasaran kesaksamaan. Sekiranya harga tidak melanjutkan pergerakkan menaik, maka kita dijangkakan akan dapat melihat penarikan semula harga ke arah kawasan sokongan yang ditunjukkan di dalam carta. Ichimoku Cloud di bawah harga memberitahu saya bahawa aliran jangka pendek kini telah disokong. 80.45 adalah merupakan tahap sokongan jangka pendek. Sekiranya harga menembusi pada tahap tersebut, maka kita harus mengharapkan pengunduran semula harga sekurang-kurangnya ke arah tahap 80.30 dan kemudianya mungkin ke tahap 80.20. 

Carta harian menunjukkan bahawa terdapat corak kenaikkan harga ke arah tahap sasaran 81.75. Harga kini berada di atas Ichimoku Cloud dan ini akan memberikan sedikit harapan untuk aliran menaik. Jika indeks Dolar berjaya menembusi di atas tahap tinggi terdahulu pada tahap 81, maka saya begitu yakin bahawa harga akan menembusi pada tahap 81.75 dan mungkin juga ke tahap yang lebih tinggi lagi. Secara umumnya, Indeks dollar akan didagangkan dalam aliran menaik.