Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan stabil dengan kecenderungan penurunan harga selepas pasangan mencecah tahap rendah tiga minggu 0.8687 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh laporan mengenai IHP New Zealand Bagi Suku Ke-2 yang lebih rendah berbanding ramalan dan kemungkinan kenaikan kadar yang seterusnnya dari Bank Rizab New Zealand, harga tenusu yang melemah; penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah dan sentimen dolar yang positif. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini sedang diganggu oleh perbezaan kepentingan NZD-USD dan sentimen risiko yang positif. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah melemah, purata pergerakakn lima hari jatuh di bawah MA 15 hari.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8650; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8630. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8725. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8745 dan sasaran kedua pada tahap 0.8785.
Tahap Rintangan:
0.8745
0.8785
0.8815
Tahap Sokongan:
0.8650
0.8630
0.86