Huraian:
Pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan akan bergerak di antara tahap 1.7154 dan 1.7072. Oleh itu, para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati di kawasan julat 82 pips ini. Khususnya, ia akan menjadi sesuatu yang menguntungkan untuk menunggu pasaran julat mendatar yang ketat sebelum melabur. Tidak kurang pentingnya juga, tahap 1.7072 telah membentuk sokongan yang kuat, serta tahap harga ini juga adalah bersamaan dengan 11% tahap penarikan semula Fibonacci (rujuk pada carta). Oleh itu, pasaran berkemungkinan akan mula menunjukkan isyarat kenaikkan harga. Dalam erti kata lain, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.7072 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.7110 untuk menguji semula titik pangsi mingguan. Selain itu, harga diramalkan akan meningkat menuju ke arah harga 1.7154 untuk menguji semula tahap rintangan mingguan. Selain itu, ia juga harus diperhatikan bahawa rintangan mingguan 2 telah ditetapkan pada tahap 1.7201 dan 'double top' telah ditetapkan pada harga 1.7191. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang menembusi 'double top', maka pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah tahap 1.7191, dan tahap ini kemudianya akan benar-benar bertindak sebagai tahap rintangan yang kuat.