Indeks Dollar kini dilihat sedang menguji rintangan penting yang terletak pada tahap 80.60-80.70. Aliran harga bagi Indeks ini kekal menaik. Harga kini berada di atas awan Ichimoku berdasarkan pada carta 4-jam. Sokongan didapati terletak pada tahap 80.35 dan kemudian pada tahap 80. Manakala rintangan pula masing-masing didapati terletak pada tahap 81 dan 81.75. Sepertimana yang saya nyatakan dalam analisis saya sebelum ini, penembusan harga di atas tahap 80.70 akan mengesahkan bahawa sasaran saya berada pada tahap 81.75.
Untuk dagangan jangka masa pendek, indeks Dollar kini dilihat sedang membentuk bendera kenaikkan harga. Penembsuan harga di atas tahap 80.65 akan mengesahkan penembusan aliran menaik dan sasaran terletak berhampiran pada tahap 81. Penembusan harga di bawah tahap 80.50 akan menolak indeks ke arah sokongan yang seterusnya pada tahap 80.35 dan kemudianya pada tahap 80.
Indeks Dollar kini dilihat sedang berada di atas awan Ichimoku dan juga sedang membuat corak tinggi yang lebih tinggi dan corak rendah yang lebih tinggi di dalam carta harian seperti yang dinyatakan di atas. Sasaran saya kini terletak pada tahap 81.75 dan saya percaya bahawa momentum menaik akan menjadi lebih kuat untuk indeks Dolar. Tahap harga 80 adalah merupakan sokongan harian yang penting dan Indeks USDX akan kekal didagangkan dalam aliran menaik selagi harga berdagang di atas tahap tersebut.