Emas dilihat telah berjaya menembusi DSma100 semasa sesi dagangan hari Jumaat dan harga telah ditarik kembali sedikit. Untuk sesi dagangan hari ini, emas kini dilihat sedang berhadapan dengan rintangan yang terletak pada EMA 200. Bagi minggu 21-25 Julai, corak perdagangan diramalkan akan berada di antara tahap harga $ 1,291 - $ 1,346. Sekiranya Emas menembusi rintangan menaik pada harga $ 1,346, maka harga berpotensi untuk melonjak naik sehingga mencecah ke tahap $ 1,360, $ 1,391 dan $ 1,400. Untuk aliran menurun, sekiranya emas menembusi pada harga $ 1,291, maka kita akan dapat melihat harga mencecah pada tahap $ 1,286, $ 1,286 dan $ 1,260. Sehingga emas menutup di atas DSma 50 pada harga $ 1,291, aliran menaik berpotensi untuk membawa pasangan mata wang ini berdagang ke tahap yang lebih tinggi.
Untuk asas urusniaga harian, emas kini dilihat sedang berhadapan dengan rintangan yang terletak pada harga $ 1,312. Komoditi ini mempunyai sokongan pada harga $ 1,306.50 dan $ 1,304. Untuk aliran menaik, sekiranya emas berjaya menembusi pada tahap $ 1,312, maka harga diramalkan akan melonjak sehingga ke tahap $ 1,315, $ 1,318 dan $ 1,324. Untuk meneruskan pergerakkan menaik, aliran menaik perlu menembusi tahap $ 1,322 secepat yang mungkin.
Para pembeli boleh menetapkan SL pada tahap $1,304 atau mengambil pesanan menjual hanya di bawah tahap $1,304.