Tahap Teknikal Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Perdagangan untuk 21 Julai, 2014

Penembusan kenaikkan harga di atas saluran penurunan seperti yang ditunjukkan telah mendedahkan tahap harga sekitar 1.6985, 1.6900 dan 1.7000 sebagai sasaran unjuran.    


Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah berjaya menembusi rintangan psikologi yang terletak disekitar tahap 1.7000 sekaligus menyediakan lanjutan tekanan penurunan pada penembusan kali akhir pada 6 Mei yang lalu.     


Tekanan kenaikkan telah dikenakan sebagai cubaan penembusan had lebih tinggi pada saluran pergerakkan 4H.  Walau bagaimanapun, kekurangan susulan kini dapat diperhatikan pada carta tekanan menaik yang telah dikenakan dan ini adlaah tidak mencukupi untuk memastikan kejayaan aliran menaik.     


Sementara itu, rintangan urusniaga harian kini telah dinyatakan disekitar tahap 1.7150-1.7190. Posisi MENJUAL jangka masa pendek telah dicadangkan di dalam artikel yang terdahulu dengan SL ditetapkan pada atas 1.7190.  


Tahap harga pada 1.7050 adalah berpadanan dengan tahap sokongan yang ketara untuk bertemu pasangan dalam aliran menurun. Ia juga merupakan tahap utama untuk menentukan berapa dalam pembetulan penurunan harga boleh pergi sebelum meneruskan momentum menaik.  

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih terperangkap diantara tahap 1.7070 dan 1.7150. Penembusan harga pada mana-mana arah aliran adalah diperlukan untuk membolehkan harga melanjutkan pergerakakn menuju ke arah tahap sasaran yang selanjutnya.