Analisis Teknikal Emas untuk 24 Julai, 2014

Pesanan menjual Emas akan berlanjutan dalam sesi dagangan Asia. Sehingga kini, emas dilihat telah mencatatkan tahap rendah pada tahap $ 1,302.60. Logam ini mempunyai sokongan yang terletak pada tahap $ 1,299.50. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual di bawah tahap $ 1,299.50. Untuk aliran menurun, jika emas menembusi pada tahap $ 1,299.50, harga berkemungkinan akan jatuh hingga mencecah ke tahap $ 1,297.30 $ 1,293.75 dan $ 1,291. Penembusan harga di bawah tahap $ 1,291 ini akan membawa harga ke tahap $ 1,286.50, $ 1,282, $ 1,275 dan $ 1,266. 

Penutupan mingguan di bawah tahap harga $ 1,299 ini akan mendorong harga untuk didagangkan pada tahap yang lebih rendah dalam sesi dagangan yang seterusnya. 


Panik diramalkan akan berlaku jika harga menembusi pada tahap $ 1,291.50.

Untuk asas urusniaga harian, emas kini dilihat sedang berhadapan dengan tahap rintangan yang kukuh pada harga $ 1,308.50 dan $ 1,306 (Tahap tinggi 10hr). Selagi pasangan mata wang ini didagangkan di bawah harga $ 1,306 dan $ 1,308, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual.

Urusniaga Harian - Ambil pesanan menjual di bawah tahap $1,299 dengan sasaran diletakkan pada tahap $1,297 dan $1,292