Weekly view (August 04-08)
Logam kuning ini akhirnya berjaya menembusi dan menutup di bawah 50WSma, selepas mengukuh di atas tahap tersebut untuk tempoh 2 minggu. Komoditi ini juga dilihat telah membentuk tahap rendah yang lebih rendah dan tahap tinggi lebih rendah selama 3 minggu. Pada hari ini di dalam sesi dagangan Asia, Emas telah memulakan dagangan lebih tinggi dengan nota penurunan harga yang kecil dan masih belum berhasil untuk menembusi 50WSma. Rintangan yang paling hampir bagi Emas didapati terletak pada harga $ 1,296 (50WSma), di atas tahap ini, $ 1,300 akan bertindak sebagai tahap rintangan mingguan. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli di atas tahap harga $ 1,297 ke arah $ 1,300, $ 1,306.80, $ 1,310, $ 1,312 dan $ 1,318.
Rintangan $1,296 $1,300 $1,311.70
Sokongan $1,286 $1,280 $1,275
Cmp Urusniaga Harian $1,292.50
Komoditi ini kelihatan telah ditolak pada 34HrSma sewaktu sesi dagangan hari Jumaat dan ia kini masih lagi didagangkan di bawah tahap tersebut, walau bagaimanapun Emas telah menembusi di atas 12ema dan 21hrSma. Emas mempunyai sokongan yang terletak pada tahap $ 1,290 (12ema). Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap harga $ 1,290 dengan sasaran masing-masing terletak pada $ 1,287.40 $ 1,286.50, $ 1282 dan $ 1,280. Panik akan dicetuskan di bawah tahap harga $ 1,279.70 ke arah $ 1,275, dan $ 1,270.
Sokongan $1,290 $1,288 $1,286
Rintangan $1,294 $1,296 $1,297