Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas harga mencecah tahap rendah dua bulan rendah 0.8459 pada hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen USD yang melemah, perbezaan kepentingan NZD-USD dan permintaan mata wang dolar NZ sewakti pasangan AUD/NZD melemah. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dihadkan oleh penjualan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur dan harga tenusu yang melemah. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun, walau bagaimanapun bullish outside-day-range telah berakhir pada hari Jumaat, stokastik kini dilihat sedang bertukar kepada aliran menaik di zon terlebih jual.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8560 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8585. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8430. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.84. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8460.
Tahap Rintangan:
0.8560
0.8585
0.8620
Tahap Sokongan:
0.8430
0.84
0.8375