Indeks Dollar melanjutkan aliran menurun pada hari semalam sebagaimana yang telah diramalkan namun aliran dagangan jangka panjang kekal menaik. Penarikan semula harga yang telah berlaku adalah cetek dan gagal untuk mencapai sasaran 38% saya. Tahap rendah 81.19 kini boleh digunakan sebagai Stop Loss untuk aliran menaik. Harga masih kekal didagangkan di dalam saluran menaik condong. Sokongan jangka pendek didapati terletak pada tahap 81.19 dan 81.30. Sekiranya harga menembusi di bawah harga 81.30, maka kita harus meramalkan bahawa akan terdapat pergerakkan harga ke tahap yang lebih rendah 81.10-81.05. Indeks Dollar telah menembusi awal Ichimoku yang berada sangat hampir dengan Penarikan semula Fiboancci 38%.
Aliran menurun dari tahap tinggi jelas menunjukkan pembetulan harga dan kita boleh lihat pengakhirnya dengan baik. Penembusan harga di atas 81.40 berkemungkinan akan menawarkan isyarat membeli yang boleh membawa indeks kembali didagangkan di atas tahap 81.50 untuk menguji tahap tinggi terdahulu.
Carta harian menunjukkan mengapa indeks Dollar ini melantun lebih tinggi pada hari ini. Harga telah menembusi sempadan saluran dan kita berkemungkinan besar tidak akan dapat melihat pergerakkan harga ke tahap lebih rendah dari 81.19 sehingga harga berjaya menembusi pada tahap 81.75. Oleh itu, apakah yang boleh dijangkakan buat masa sekarang? Aliran Indeks USDX kini dilihat sedang berada dalam aliran menaik seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ambil pesanan membeli semasa penarikan semula harga berlaku. Trend ini akan membawa indeks untuk bergerak menuju ke arah tahap 81.75 iaitu sasaran pertama saya daripada harga 79.75.