Analisis Teknikal USD/CHF untuk 05 Ogos, 2014

Huraian:


Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan di dalam julat. Sentimen CHF telah dirangsang oleh laporan PMI Switzerland bagi bulan Julai yang mencatatkan bacaan lebih kukuh iaitu sebanyak 54.3 berbanding ramalan (ramalan 53.8). Walau bagaimanapun, penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh dasar monetari yang dovish oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian meningkat. Walau bagaimanapun stokastik kelihatan melemah di dalam zon terlebih beli, corak inside-day-range telah diselesaikan pada hari Isnin.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9110 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9130. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9035. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9010. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9055.

Tahap Rintangan:
0.9110
0.9130
0.9155

Tahap Sokongan:
0.9035
0.9010
0.8975