Analisis Teknikal USD/JPY untuk 05 Ogos, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan di dalam julat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh dana pembiayaan perdagangan yen di tengah-tengah peningkatan selera risiko pelabur (Tolok ketakutan VIX susut 11.22% kepada 15.12) sebagaimana saham-saham AS meningkat semalam (S&P 500 ditutup naik 0.72% pada harga 1,938.99), disokong oleh beberapa laporan pendapatan AS yang menggalakkan, Portugal mengumumkan 'rescue' yang bernilai sebanyak EUR 4.9 bilion bagi pemberi pinjaman kedua terbesar Banco Espirito Santo serta pengurangan penularan kebimbangan akibat daripada hutang Argentina yang berkemungkinan akan diperluaskan. Sentimen USD dirangsang dalam lonjakan di dalam laporan  ISM-NY Current Business Conditions index AS kepada 68.1 pada bulan Julai berbanding 60.5 pada bulan Jun; Kenaikan sebanyak 6.6% dicatatkan di dalam laporan Conference Board U.S. employment trends index kepada 120.31 pada bulan Julai. Kenaikkan harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah disokong oleh permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, kenaikkan pasangan USD/JPY ini telah dihadkan oleh jualan pengeksport Jepun dan kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah serta laporan senarai gaji bukan perladangan AS bagi bulan Julai yang lebih rendah berbanding ramalan pada hari Jumaat lalu masih berlanjutan.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan 5 dan 15 hari yang kian meningkat. Walau bagaimanapun stokastik kini berada di dalam aliran penurunan harga di zon terlebih beli, corak inside-day-range telah selesai pada hari Isnin.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 103 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 103.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 102.30. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 102.15. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 102.55.

Tahap Rintangan:
103
103.40
103.75

Tahap Sokongan:
102.30
102.15
101.85