Carta harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan telah mengukuh di atas tahap sokongan 1.6851, di mana pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan mula membentuk corak rendah yang lebih tinggi. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap sokongan 1.6766, di mana ia adalah merupakan sasaran yang paling hampir untuk aliran menurun. Petunjuk MACD kini terletak di wilayah negatif.
Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD ini kekal di dagangkan di bawah rintangan yang terletak pada tahap 1.6900 dengan kecenderungan aliran menaik, sebagaimana pasangan ini dilihat sedang cuba untuk naik kembali ke atas SMA 200, berhampiran tahap rintangan 1.6995. Petunjuk MACD kekal didagangkan di dalam wilayah positif, oleh yang demikian pasangan GBP/USD berkemungkinan akan meningkat ke tahap itu.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6850, take profit di tahap 1.6900, dan stop loss pada tahap 1.6800.