Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk menembusi tahap rintangan yang terletak pada 81.50, sebagaimana Indeks USDX ini mempunyai momentum kenaikkan harga semasa sesi dagangan semalam. Sekiranya berjaya, USDX diramalkan akan meningkat ke tahap sasaran yang seterusnya pada rintangan 82.51, yang mana ia akan mengukuhkan lagi aliran menaik dalam dagangan jangka masa panjang. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah positif.
Carta 4H: Indeks USDX ini dilihat telah membentuk fraktal kenaikkan harga di atas garisan aliran, oleh yang demikian Indeks USDX akan mula membentuk corak kenaikkan harga. Jika USDX berhasil menembusi pada tahap 81.70, maka adalah diramalkan bahawa Indeks USDX akan meningkat ke tahap rintangan 82.00. Sementara itu, Indeks USDX ini dilihat berpotensi untuk membuat penarikan semula harga pada tahap harga semasa. Petunjuk MACD kini berada didalam wilayah positif.
Carta 1H: Indeks USDX telah menembusi pada tahap 81.40. Oleh itu, Indeks USDX kini dilihat sedang membentuk corak kenaikkan harga di bawah tahap rintangan 81.58. Sekiranya Indeks USDX berhaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan meningkat sehingga mencecah ke tahap 81.73 semasa sesi dagangan pada hari ini. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah negatif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 81.58, take profit di tahap 81.73, dan stop loss pada tahap 81.43.