Huraian:
Pergerakkan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini akan dilanjutkan secara langsung dari double bottom yang terletak pada tahap 0.8404 di dalam carta H1 (00% tahap Penarikan semula Fibonacci). Oleh itu, harga bagi pasangan mata wang NZD/USD telah menunjukkan isyarat kekuatan, selepas harga menembusi tahap yang paling rendah 0.8404. Oleh itu, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.8400 dalam carta 1H(dagangan jangka pendek) dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.8460 untuk menguji titik pangsi harian dan seterusnya ke tahap 0.8506 untuk membentuk double top. Kemudian, harga ini akan bertindak sebagai rintangan yang kuat, kerana ia akan menjadi tempat yang baik untuk para pedagang mengambil keuntungan. Ia juga harus diingatkan bahawa tahap Take Profit ini adalah berpadanan dengan 23.6% tahap Penarikan semula Fibonacci. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan arah aliran berlaku dan pasangan mata wang NZD/USD ini telah menembusi tahap sokongan kecil yang terletak pada 0.8404, pasaran akan membawa kepada penurunan harga yang selanjutnya hingga mencapai ke tahap 0.8370 sekaligus menandakan pasaran penurunan harga.