Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan USD/CAD untuk 6 ogos, 2014

Sebagaimana pasangan mata wang USD/CAD ini telah gagal untuk menunjukkan momentum yang mencukupi di atas tahap 1.1200 ketika kunjugan akhir 20 Mac yang lalu, pasangan mata wang ini  telah pun didagangkan dalam aliran menurun dalam saluran penurunan yang digambarkan, berjaya untuk menolak harga bergerak menuju ke arah zon harga diantara 1.0910-1.0850 (50-61.8% tahap Fibonacci pada carta harian) dimana pasangan telah mewujudkan zon kesesakkan yang menonjol.     


Sebagaimana yang digambarkan, aksi kenaikkan harga telah ditunjukkan pada ujian semula pada had yang lebih rendah saluran penurunan harga disekitar tahap 1.0630 (ini adalah merupakan kedudukan asal kenaikkan harga impulsif yang telah dimulakan pada Disember 2013).   


Pasangan mata wang USD/CAD mempunyai zon rintangan yang kuat di antara 1.0950 dan 1.1020 (Tahap Fibonacci 50% dan 61.8% daripada pergerakan penurunan harga). 


Penolakan penurunan harga boleh dijangka pada minggu ini terutama selepas sebarang pergerakan menaik yang berasal dari 1.0650 dan 1.0710. 


Walau bagaimanapun, penutupan harian di atas 1.0950 (50% tahap Fibonacci) membolehkan kenaikan harga bergerak ke arah 1.1020 dan 1.1050 pada permulaan.