Analisis Harian USD/JPY untuk 06 Ogos, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh aliran safe haven JPY dan dana perdagangan JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (tolok ketakutan VIX meningkat sebanyak 11.57% kepada 16.87, S&P 500 ditutup 0.97% lebih rendah pada tahap 1,920.21 semalam) akibat daripada peningkatan kebimbangan ekoran ketegangan yang tercetus di Ukraine dan situasi ekonomi global selepas laporan mengenai PMI Perkhidmatan HSBC China bagi bulan Julai yang mencatatkan penurunan kepada tinjauan rekod rendah pada 50.0 berbanding 53.1 pada bulan Jun, manakala spekulasi diperbaharui untuk kenaikan lebih awal daripada yang diunjurkan dalam kadar faedah AS selepas kenaikan yang lebih kukuh daripada jangkaan telah direkodkan di dalam laporan PMI Bukan Perkilangan ISM Amerika Syarikat ke tahap tinggi lapan tahun iaitu 58.7 pada bulan Julai berbanding 56.0 pada bulan Jun (berbanding ramalan 56.5) dan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan di mana Pesanan Perkilangan AS bagi bulan Jun mencatatkan peningkatan sebanyak 1.1%(berbanding ramalan + 0.5%). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga didorong oleh  penjualan eksport Jepun. Walau bagaimanpun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah dipengaruhi oleh permintaan daripada pengimport Jepun, sentimen dolar yang positif (Indeks Spot ICE terdahulu 81.53 berbanding 81.31 awal hari Selasa) kesan daripada laporan PMI bukan perkilangan ISM dan Pesanan Perkilangan AS yang kukuh.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, walau bagaimanapun stokastik kini berada di dalam aliran menurun di zon terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 102.15. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 102. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.75 dan sasaran kedua pada tahap 103.

Tahap Rintangan:
102.75
103
103.40

Tahap Sokongan:
102.15
102
101.75