Huraian:
Pasaran bagi pasangan mata wang ini telah dibuka di bawah rintangan harian pada hari ini. Rintangan telah pun ditetapkan pada tahap 1.3412 pada 8 Ogos 2014. Selain itu, titik pangsi mingguan juga adalah berpadanan dengan tahap harga yang sama (1.3412). Selain itu, pasangan mata wang EUR/USD ini juga dilihat masih belum menembusi titik pangsi mingguan pada hari semalam dan pada hari ini harga dilihat masih di sekitar tahap tersebut. Oleh itu, aliran harga bagi pasangan mata wang ini akan mendatar dan julayt dagangan kelihatan seolah-olah diperluaskan sehingga 80 pips. Berdasarkan pada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, harga bagi pasangan mata wang EUR/USD masih bergerak di antara tahap 1.3403 dan 1.3360. Oleh itu, ia akan menjadi sesuatu yang menguntungkan untuk mengambil pesanan menjual pada harga 1.3412 (titik pangsi mingguan) dengan sasaran pertama ditetapak pada tahap 1.3357 (tahap 1.3357 akan mewakili nisbah 23.6% tahap Penarikan semula Fibonacci). Pasangan ini berpotensi untuk meneruskan dagangan hingga ke tahap 1.3330 sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1.3357. Walau bagaimanapun, Stop Loss perlu sentiasa diperhatikan, dengan itu, ia akan sesuatu yang menguntungan dengan menetapkan kedudukan stop loss di atas 'double top' pada harga 1.3450.